Monday 30 April 2012

Saya Setuju Jika Semua Polis Dibunuh - Facebook Khalid Ismath



"Saya Setuju Jika Semua Polis Dibunuh"

Begitulah kata-kata Khalid Mohd Ismath, monyet yang menerima pendidikan di UITM, institusi yang diwujudkan eksklusif untuk bangsa Melayu bagi menjamin cukup tempat untuk anak Melayu mendapatkan pengajian peringkat Ijazah.

"Saya Setuju Jika Semua Polis Dibunuh"

Begitulah kata-kata Khalid Mohd Ismath, yang ibunya semalam Faridah Abdul, 50, mahu membaling selipar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwanya mahu melawatnya di hospital.

Faridah Abdul turut mengatakan berkenaan Shahrizat Jalil yang melawatnya,

"Semasa Datuk Seri Shahrizat Jalil datang semalam, saya juga beritahu padanya yang saya akan saman dan beliau beri respon akan siasat.

Saya jawab balik, siasat apa kalau Hakim pun kamu punya, saya nak panggil dia ‘Lembu’ tak sampai hati, tapi saya layan dia sebagai tetamu,” kata Faridah lagi.

"Saya Setuju Jika Semua Polis Dibunuh"

Begitulah kata-kata Khalid Mohd Ismath, yang sudah berkali-kali sebelum ini, melakukan pelbagai onar dan demo menyusahkan negara, sudah berkali-kali diberi amaran, tetapi masih degil dan nampaknya kini sudah sampai berani mengeluarkan kenyataan mahu membunuh polis!!

Soalan saya kepada Datuk Hishammuddin, sampai bila KDN dan Polis akan benarkan pembuat-pembuat onar begini bebas memporak-perandakan negara?

NOTA: POSTING FB INI SUDAH DIPADAM oleh Khalid Ismath

Posting dan screenshot ditiru dari http://antijumud.blogspot.com



Sunday 29 April 2012

VIDEO BUKTI TERHEBAT! Anwar beri isyarat pda Azmin agar mulakan rempuhan masuk pada Polis!



INI BUKTINYA! The smoking gun!

Isinya: Anwar beri isyarat pda Azmin agar mulakan rempuhan masuk pada Polis, Azmin bgtau seorang India agar mulakan serangan pada Polis!

----------------------

Hebat sungguh video yang SatD postkan dalam blognya Pure Shiite.

Ia menunjukkan dengan jelas Anwar sedang berdiri di hadapan crowd di Dataran Medeka (seperti yang dilaporkan berbagai laporan).

Anwar kemudiannya dilihat membuat isyarat "buka" kepada "Azmin Ali yang berdiri kira-kira 20 meter, juga dalam kedudukan tinggi, mungkin dia sedang memijak kepala salah seorang pencacainya.

Azmin kemudian semacam meminta pengesahan dari Anwar. Anwar mengesahkan. Azmin kemudiannya mengarahkan seorang lelaki India supaya mula membuka pagar.

Ini adalah satu-satunya klu setakat ini tentang mengapa BERSIH bertukar ganas.

Minta semua media massa Malaysia menyebarkan dan memainkan video ini sebanyak-banyak nya.

Hebat SatD! Blog anda memang power!


Friday 27 April 2012

Memo PDRM tentang #BERSIH

Memo PDRM

Orang ramai diminta tidak berada di sekitar jalan-jalan yang disenaraikan berikut.

Jalan yang terlibat ketika Ops Aman 3.0 adalah:

Stadium Merdeka
Dataran Merdeka
Jalan Raja Laut
Masjid Jamek Area
Jalan TAR
Jalan Imbi
Jalan Pinang
Jalan Tun Sambanthan


Thursday 26 April 2012

Live dari Dataran! Binatang dari Dataran kini buat kotor depan Bangunan Sultan Abdul Samad

Kumpulan Huru-hara di atas siarkaki sudut Jalan Raja dan Jalan belakang mahkamah

Dataran Merdeka kini kosong

Depan Bangunan Sultan Abdul Samad



Berita terkini. Dataran Merdeka kini sudah kosong, tetapi kaki-kaki buat kecoh masih berkampung sekitar Jalan Raja. Sekarang mereka melepak di depan Bangunan Mahkamah.

Kalau tengok gambar paling atas, boleh dilihat beg-beg diletak atas siarkaki.

Pemandangan begini menyakitkan mata. Binatang-binatang ini tak ada rumahkah? Kalau tak ada rumah, pergi lah duduk kat belakang mati, lepak dengan mat-mat dadah. Jangan kotorkan Kuala Lumpur!

Harap DBKL dapat BERSIH kan KL dari binatang-binatang pengotor ini.