Friday 25 May 2012

Fahmi Fadzil Setiausaha Politik komunis Nurul Izzah yang kedi kaki menipu jugak rupanya!

Nama Fahmi Fadzil ni memang dikenali di Lembah Pantai sebagai SetPol Wakil Rakyat yang paling lemah dalam sejarah Lembah Pantai.



Orang PKR Lembah Pantai sendiri yang kata demikian.

Yang pertama, dia orang luar,

Yang kedua, dia penyokong komunis. Tak percaya google sahaja namanya.

Yang ketiga, strategi nya semua tak laku.

Sehinga kan Mat Zaman yang pernah ditendang dan ditikam kumpulan Nurul masa pemilihan cabang lalu, turut dipanggil semula. Nurul jilat ludah.

Yang keempat, dialah antara yang bawak Irshad Manji ke Malaysia.

Terkini, Fahmi Fadzil menipu pula.

Ini berkaitan kes kekecohan di ceramah Anwar Ibrahim dan Umi Hafilda di Lembah Pantai yang bermula bila Anwar menjerit-jerit "UMNO Sial, celaka" di hadapan ratusan saksi.

Menurut Fahmi Fadzil dalam Malaysiakini,

The MP’s political secretary Fahmi Fadzil also claims to have been “surrounded” by about 50 men dressed in red about 9 last night.

“I was standing outside the compound of Apartmen Pantai Permai and was on the phone when the men started yelling at me and surrounding me.

“Afraid that anything untoward might happen, I walked into the apartment area...

The PKR division’s election director Md Zaman Md Tasi, who is a Lembah Pantai local, said he recognised the men as local Umno members.

http://malaysiakini.com/news/198996

Sedikit terjemahan ringkas -- Fahmi kata dia dikepung 50 orang. Kemudian Md Zaman datang selamatkan dia.

Dalam website Keadilan Daily pula ini kata Fahmi,

Bercerita lanjut, Fahmi berkata, ketika mahu beredar, samseng yang kebanyakan berbaju merah itu terus mengepung beliau dan mengherdik dengan kata-kata kesat.

“Mujurlah kehadiran Zaman ke kawasan itu menyelamatkan saya daripada diapa-apakan,” kata Fahmi.

Sementara itu, Zaman berkata, samseng yang mengepung Fahmi adalah penduduk setempat tetapi setelah diberi amaran supaya tidak membuat kacau, kesemua mereka akur.
http://www.keadilandaily.com/samseng-umno-kepung-cuba-kasari-pembantu-izzah/

Perghh, sedap je mengaku sound orang.

Cerita sebenarnya.

Apabila ternampak Fahmi Fadzil di post guard laluan masuk ke Pantai Permai, 4-5 orang (bukan 50 ye Fahmi) pergi ke arahnya malam itu suruh dia masuk ke dalam Pantai Permai, takut kalau-kalau nanti ada penduduk tempatan yang pergi debik dia.

Dia pulak tak pasal-pasal cabut. Dasar penakut.

Selepas tu yang datang rileks kan keadaan bukan nya Zaman. Zaman ialah bekas Ketua AMK WP yang ditikam belakang oleh Nurul Izzah dulu semasa pemilihan cabang, sampai Zaman lari dari LP, 3 tahun tak nampak muka. Kini bila Zaman diperlukan, jilat balik ludah.

Sampai mereka kata kat Mat Zaman

" sekolah pun sekerat jalan... ada hati konon... pigidah.."

"...org yg gila kuasa nak tanding banyak jawatan..."




Cerita nya di sini dan di sini. dan di sini

Yang datang 'selamatkan' Fahmi sebenarnya ialah Ezhar atau Daboy, Ketua AMK LP sekarang yang juga 'cai' Nurul Izzah masa pemilihan cabang dulu. Dia digunakan Nurul izzah untuk langgar Mad Zaman. Tapi sebab Nurul dan Fahmi dah tak percaya kat Daboy dan mahu gunakan Zaman, maka nama Zaman diketengahkan dan Daboy diketepikan.

Fahmi Fadzil ni pun sama saja dengan Ketua Umum mereka. Kalau tikam dari belakang, memang hobi no 1.

Dan Zaman pula yang kata kononnya dia datang 'sound' dan cam mereka (mcm dalam Keadilan Daily) tak ada pun di situ, dia di pentas. Satu lagi penipu.

Dan terbaru akhirnya Fahmi Fadzil kanotikan dirinya sendiri dalam twitter.

Tengok sini.





Dengan media, kena kepung 50 orang.

Bila kena kantoi, "percubaan mengepung".

Fahmi oh Fahmi!


CIFUT Karipap! Pemuda cedera di ceramah Anwar dikenalpasti! Mohd Saiful Bukhari!





Gempar Betul!

Pagi ini JoePisang dimaklumkan dari rangkaian wartawan JoePisang bahawa ada Press Conference akan dibuat oleh Pemuda UMNO Lembah Pantai di Bangsar.

Cepat-cepat JoePisang pergi. Di situ Ketua Pemuda UMNO LPantai Datuk Mohd Sazali Kamilan dan Ketua Penerangan UMNO LPantai Datuk Ibrahim TambyChik sudah pun memulakan Press Conference mereka.


Di dalam PC ini, antara yang gempar ialah apabila KP UMNO LP mendedahkan bahawa si mangsa dari UMNO yang diserang batu malam itu ialah Mohd Saiful Bukhari.

Adakah ini dendam Anwar Ibrahim sebab Mohd Saiful Bukhari yang menuduhnya liwat sambil makan karipap dulu.

Sehingga seluruh negara kenal dengan password "Mokhtar" dan CIFUT (Can I Fuck You Today?)

Rupa-rupanya ini Saiful Bukhari yang lain.

Menurut Datuk Sazali lagi, walaupun Pemuda UMNO menjadi mangsa baling batu, pihak UMNO Lembah Pantai tidak menuduh sesiapa pun sebab keadaan gelap. Batu, botol mineral water penuh berisi, telur dan sebagainya boleh dibaling oleh sesiapa pun. Tidak ada sesiapa yang nampak dan kenal siapa pembaling-pembaling objek ini, sama ada yang ditujukan kepada Pemuda UMNO yang sedang mendengar ceramah Ummi Hafilda mahupun pada pendengar ceramah PKR.

Tahniah kita ucapkan pada Pemuda UMNO yang tidak menuduh sesiapa. Ini berlainan dengan Ketua Pakatan Rakyat, yang belum apa-apa telah di hadapan para hadirin beliau malam itu menjerit-jerit "UMNO sial", "UMNO Celaka"!

Tadi juga Datuk Ibrahim sempat menyelar Anwar Ibrahim yang busuk mulutnya tak ada insuran.

JoePisang harap Wan Azizah dapat cabaikan sikit mulut Anwar. Tak elok orang tua mulut busuk begitu.

Thursday 24 May 2012

Baling batu di ceramah Lembah Pantai. Cerita sebenar ialah batu datang dari kawasan AMK!


Saya berada di ceramah Ummi Hafilda malam tadi di Pantai Permai, Pantai Dalam yang bersebelahan dengan khemah ceramah PKR yang turut dihadiri Anwar Ibrahim dan anaknya Nurul Izzah.

Semasa kedua-dua ceramah berlangsung, tiba-tiba Anwar Ibrahim tak pasal-pasal menjerit "Pemuda UMNO SIAL!"

Tak tipu. Anwar memang cakap macam itu. "Pemuda UMNO Sial" kata Anwar.

Rupa-rupanya dia menuduh Pemuda UMNO baling batu ke kawasan ceramahnya.

Sebenarnya yang baling batu ialah orang PKR sendiri! Lihat bukti seorang pemuda UMNO yang memakai baju Gelombang Merah menjadi mangsa keganasan PKR yang membaling batu ke khemah UMNO malam tadi.  Adik ini kena 7 jahitan.
Pemuda UMNO yg jadi Mangsa keganasan PKR di Lembah Pantai semasa ceramah Anwar dan Nurul Izzah
Bukan dia saja yg kena, tetapi pendengar ceramah PKR sendiri turut jadi mangsa


Rupa-rupanya di sebelah PKR pun ada yang terkena balingan, seperti yang dilapor di Malaysiakini.

Saya tak dapat memastikan dengan tepat siapa yang baling. Joe Pisang tak suka menuduh tanpa bukti tepat, bukan macam orang Pakatan Rakyat.

TETAPI!

Sebenarnya, ada beberapa eye-witness yang menyaksikan objek-objek terbang pada datang dari kawasan samseng-samseng AMK berkumpul.

OBJEK TERBANG INI BUKAN SAJA MENGHALA KE KAWASAN UMNO TETAPI JUGA KE ARAH PENYOKONG MEREKA SENDIRI.

REPEAT. ADA SAKSI YANG NAMPAK OBJEK TERBANG DATANG DARI TEMPAT PKR KE ARAH TEMPAT PKR YANG LAIN.

DAN

Takkan lah ada pemuda UMNO yang nak duduk tercongok celah-celah gerombolan AMK!!!!

Ini twit-twit dari eye-witness yang nampak objek berterbangan semasa kejadian.

dari Azrilbangsar:

Tweet semasa time kejadian


dari Zuhri Aziz

Lagi saksi yang nampak objek dibaling dari gerombolan PKR!

Ingat Bersih 2.0, di mana ada seorang yang sengaja berlakon mati, dan kemudian menghilangkan diri apabila dikesan ia hanya satu lakonan. Tetapi penyokong PR percaya habis beliau mati, dan kata polis kejam.

Sama lah dalam kes ini. Mereka baling sendiri, lepas tu letakkan kesalahan pada UMNO. Sedangkan perangai baling-membaling batu, tendang polis, terbalikkan kereta polis, bergaduh ini bukan budaya UMNO. Ia adalah budaya politik baru yang DIAMALKAN PKR DAN KINI DILIHAT SUDAH MENULAR DI KALANGAN UNIT AMAL PAS!.

Berhati-hatilah dengan apa yang anda baca di Malaysiakini. Tolong sebar cerita sebenar ini!



Tuesday 22 May 2012

Pakatan tuduh Raja Nong Chik ugut Nurul Izzah mahu edar gambar Nurul main. Gila ke apa Pakatan ni?


Taktik ini macam ....


Entah apa punya gila dan desperado lah PKR Lembah Pantai sejak kebelakangan ini.

Kalau sebelum ini, tuduhan bahawa anak Raja Nong Chik dapat kontrak dan Raja Nong Chik salahguna kuasa sebagai Menteri telah dijawab dengan dokumen-dokumen yang menunjukkan tuduhan itu SALAH dan BERNIAT JAHAT (sini, sini, sini), kini ada tuduhan terbaru.

Tuduhan dibuat melalui Raja Petra dalam Malaysia Today mengatakan bahawa Raja Nong Chik sedang mengugut Nurul Izzah dengan ancaman mahu mengedar gambar Perlakuan seks Nurul izzah dengan Tian Chua!

Gila ke apa!

Raja Nong Chik pun agak bila terbaca cerita Malaysia Today si Petra mahu tersembur kopi.

Dah takde modal lain ke puak-puak Pakatan ni nak burukkan Raja Nong Chik di Lembah Pantai.

Semua khidmat rakyat Raja Nong Chik dah buat di Lembah Pantai sebagai Ketua UMNO Bahagian, sampaikan dah desperate benar geng-geng Nurul Izzah.

Dahsyat politik Nurul!

Ini semua strategi politik yang Israel ajar ni, kini sudah dibawa ke Lembah Pantai.




Perancang Strategi PKR!

Quote asal dari Petra:

"To force Nurul Izzah to abandon Lembah Pantai and go contest another seat, Raja Nong Chik is blackmailing her. He is threatening to expose photographs and videos of Nurul Izzah’s ‘sexual misconduct’. And Nurul Izzah’s ‘sex partner’ is supposed to be Tian Chua. Sheesh! Tian Chua? What an ugly bugger. If you want to fix up Nurul Izzah at least choose a better-looking man lah! What, you think Nurul Izzah got such bad taste or what?"

Sunday 20 May 2012

Nurul izzah goyah di Lembah pantai, Raja Nong Chik pula yg diserang! Mujur ada dokumen bukti tiada kesalahan!

Sudahkah semua ahli keluarga Khalid Ibrahim termasuk adik-beradiknya berhenti berniaga? 


Keluarga Azmin Ali sudah berhenti berniaga? Bagaimana mampu pakai Ferrari, pakai 4wd?



Satu-satu personaliti BN terutama UMNO diserang. Tujuannya bukan saja memburukkan nama dan mencipta persepsi, tetapi memaksa UMNO bertahan.

Terkini, Raja Nong Chik, yang memberikan ancaman kepada harapan besar pakatan rakyat iaitu Nurul izzah di Lembah pantai, diserang oleh raja petra.


Tuduhan RPK:

Bahawa satu kontrak di bawah Kementerian Belia dan Sukan iaitu pembekalan barangan latihan IKBN Bandar Penawar telah diberikan kepada Istijuara Sdn Bhd pada Ogos 2012, satu syarikat dengan majoriti pegangan saham dimiliki oleh anak perempuan Raja Nong Chik. Persepsi dan pandangan yang cuba direka dari tuduhan ini ialah bahawa oleh kerana Raja Nong Chik dilantik sebagai Menteri Wilayah, maka ada sesuatu yang tidak kena atau dengan kata lain pemberian kontrak tidak beretika atau dipengaruhi oleh Raja Nong Chik walaupun pemberian kontrak diberi kementerian yang berlainan.

Kontrak sebenarnya diberi pada 18 Julai 2006.

Lihat dokumen di bawah yg disiarkan blog apakecoh2.




Boleh dilihat bahawa Kontrak sebenarnya diberi pada 18 Julai 2006 melalui satu Surat Niat. Tetapi ia hanya dimuktamadkan pada Ogos 2010.

Adakah apa-apa yang salah di sisi undang-undang di sini?

Jelasnya tidak. Ini adalah kontrak pembekalan biasa. Pembekal-pembekal dalam industri yang dihubungi penulis bersetuju bahawa nilai RM30.8 juta untuk kontrak seperti ini ialah normal malah agak rendah nilainya jika dibandingkan dengan kontrak sepertinya.

Adakah apa-apa yang salah di sisi etika di sini, atau penyalahgunaan kuasa Menteri oleh Raja Nong Chik?

Perkara pertama ialah Kontrak diberi pada 18 Julai 2006. Ini adalah 3 tahun sebelum Raja Nong Chik. Raja Nong Chik pada tahun 2006, tidak memegang mana-mana jawatan Kerajaan mahupun jawatan politik yang besar. Malah pada masa itu beliau bukan pun Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai, AJK Bahagian pun tidak (beliau hanya jadi ketua Bahagian pada tahun 2008).

Walaupun kontrak akhirnya ditandatangani pada Ogos 2010, ini kerana prosedur menetapkan bahawa surat tawaran (Letter of Award) untuk membekal, memasang dan menyelenggara peralatan hanya boleh dikeluarkan bila kompleks IKBN Bandar Penawar telah siap. Dan kompleks IKBN Bandar Penawar hanya siap pada 22 Mei 2010. Sebab itulah surat tawaran dikeluarkan pada Ogos 2010, iaitu 3 bulan selepas IKBN Bandar Penawar siap.

Ada yang mempertikaikan mengapa Istijuara terus menerima Kontrak itu pada Ogos 2010 walaupun bapa pemegang saham utama nya sudah jadi Menteri?

Jawapannya kita boleh fikir sendiri ikut logik akal.

Jika Surat Niat dikeluarkan pada 2006, bermakna usaha ke arah itu harus bermula lebih awal. Maka tatkala Raja Nong Chik dilantik Menteri pada April 2009, sudah lebihkurang 5 tahun syarikat Istijuara ini berusaha dan bekerja memenuhi kehendak kontrak.

Pendapat bahawa perlantikan seseorang sebagai menteri Kabinet bermakna keluarga dan sanak-saudara nya juga harus meninggalkan segala perniagaan mereka, adalah pendapat dan pandangan yang tidak wajar!

Bayangkan jika hari ini seseorang ahli perniagaan yang berjaya dan berkualiti seperti Hassan Merican contohnya, menerima panggilan dari PM untuk menyumbang baktinya dalam Kabinet (seperti Raja Nong Chik, Idris Jala, Effendi Norwawi dan ramai lagi sejak dulu) harus mengerahkan keluarga dan sanak saudaranya meninggalkan perniagaan, maka segala usaha seumur hidup mereka mengusahakan perniagaan yang boleh diwariskan kepada anak cucu mereka lebur begitu sahaja!

Kalau macam itu mereka yang berpengalaman dan berbakat, tetapi tidak seratus-peratus duduk dalam politik, tidak boleh dilantik untuk menyumbang barang sepenggal-dua kepada negara!

Sedangkan di USA misalnya, kebanyakan keluarga Presiden dan ahli-ahli Kabinet mereka (contohnya Mitt Romney calon Republikan yang akan menentang Obama kelak) adalah ahli perniagaan yang berjaya! Dan tidak pula ahli keluarga mereka perlu tinggalkan perniagaan yang sudah berpuluh tahun atau bergenereasi dibina!

Dan pengkritik juga harus bertanya, perniagaan yang bagaimana yang tidak boleh? Bagaimana dengan perniagaan dalam industri perkhidmatan? Servis guaman misalnya, ialah satu perniagaan industri perkhidmatan yang setiap satu kes boleh mencapai jutaan ringgit. Tapi bukankah Parlimen negara penuh dengan peguam-peguam yang bukan sahaja tidak melupuskan kepentingan mereka dalam firma guaman masing-masing, malah masih lagi terus berniaga dan memberi khidmat guaman berbayar walaupun ada yang sudah berpuluh tahun menjadi ahli parlimen?! Bagaimana?

Kalaupun kontrak diberi pada tahun 2006 dan tiada isu salahguna kuasa Menteri, Bagaimanakah syarikat yg dimiliki Raja Farhana, seorang yang hanya berusia 26 tahun (tanpa pengalaman) boleh diberi projek Kerajaan bernilai 30.8 juta?    

Ketika Surat Niat (Letter of Intent) untuk mendapatkan khidmat Syarikat Istijuara sebagai pembekal diberi pada 18/7/2006, pegangan saham Syarikat ialah orang lain, bukan Raja Farhana. Kesimpulannya, semasa Kerajaan memilih Istijuara, Raja Farhana TIDAK LANGSUNG memegang saham dalam Syarikat Istijuara dan tidak ada sangkut-paut dengan Istijuara.

Kalau macam tu, Bagaimana Raja Farhana ini, yang hanya berusia 26 tahun mempunyai begitu banyak dana untuk membeli saham dalam syarikat?

Keluarga besar Raja Nong Chik sudah 3 generasi terlibat dalam perniagaan. Tidak hairanlah jika ketika itu, iaitu 3 tahun sebelum Raja Nong Chik menjadi Menteri, jika anak beliau diletakkan di situ sebagai menjaga kepentingan keluarga. Tidak ada yang aneh, tidak wajar, salah etika mahupun kesalahan undang-undang dalam hal ini.

-------------------------

Setelah gagal mendapati sesuatu yang salah di sisi undang-undang mahupun dari isu etika Menteri dalam isu ini, ada yang membuat kenyataan berbunyi "ah, kontrak juta-juta mesti dapat kat orang UMNO, walaupun memang benar pada tahun 2006 Raja Nong Chik bukan Menteri!"

Jika benar Raja Nong Chik menyalahguna kuasa, lebih mudah beliau mendapatkan kontrak DBKL, kerana DBKL sendiri mengeluarkan kontrak sehingga beratus juta untuk projek bina jalan atau bangunan. Ratus juta untuk satu kontrak! Ini baru DBKL! Tetapi mana ada yang diambil Raja Nong Chik! Mana ada!

Kedua, Raja Nong Chik datang dari keluarga yang telah berjaya dalam bidang yang dipilih mereka termasuk bidang perniagaan. Raja Nong Chik sendiri berjaya bukan melalui kontrak Kerajaan tetapi bila membina syarikat elektronik (syarikat Acson yang buat air-cond) semasa dengan OYL Industries dan Razatec, yang kemudian dijual semua sahamnya pada Syarikat Jepun. Kemudian beliau juga memainkan peranan besar dengan Pharmaniaga Berhad. Selepas itulah baru beliau melibatkan diri dengan kontrak kejuruteraan.

Satu lagi bukti yang beliau ialah seorang pemain industri yang berwibawa ialah fakta bahawa pada tahun 2006 (malah hingga dilantik Menteri) beliau ialah Presiden kepada Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia dan juga Presiden Persatuan Kontraktor Jentera Malaysia.

Jika ahli perniagaan yang begini berwibawa pun dipertikaikan keupayaannya untuk menguruskan kontrak 30 juta, maka siapa lagi bumiputera yang layak!

Hanya layak jika mereka ahli PKR??

Itu baru dikira layak dan adil?

Sebenarnya apa yang terjadi dalam isu ini ialah percubaan memburukkan nama Raja Nong Chik.

Pakatan Rakyat tahu bahawa Raja Nong Chik besar kemungkinan akan menjadi calon BN Lembah Pantai menentang Nurul Izzah. Dan di Lembah Pantai, Raja Nong Chik betul-betul kuat, kerana orang suka kepada beliau sebab rajin, bersih dan kurang main politik. Banyak kerja, kurang cakap.

Maka sudah tentu antara agenda utama Pakatan ialah menyelamatkan Puteri mereka Nurul izzah. Nurul izzah pula ditanggapi oleh ramai pengundi Lembah Pantai sebagai Kuat cakap, kurang kerja. Semua tahu dia hanya banyak main persepsi menggunakan twitter.

Dan kini dia sudah goyang dengan Raja Nong Chik. Itu lah sebenarnya isu di sini. Kontrak, dokumen, anak-anak, hanyalah ilusi semata-mata. Yang ada hanyalah permainan kotor politik jalanan pembangkang!



Monday 7 May 2012

Khalid Ibrahim juga harus resign kerana dia juga ahli UMNO no 01791393!

Beriya-iya benar golongan sampah Malaysia yang menggunakan nama Pakatan Rakyat berusaha menjatuhkan kredibiliti Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dengan mengatakan bahawa Pengerusi dan Timbalan Pengerusinya ahli UMNO.

Bukan saja golongan sampah ini, tapi portal-portal berita yang kononnya independent, Malaysiakini, Malaysian Insider dsb nya, menyalak-nyalak seolah-olah dunia dah nak kiamat.

Sekarang rupa-rupanya muncul fakta bahawa nama yang dituduh Saifuddin Nasution sebagai ahli UMNO, iaitu Wan Ahmad Wan Omar rupa-rupanya hanya seorang pakcik yang juga bernama Wan Ahmad Wan Omar di Kelantan. Dan Wan Ahmad Timbalan Pengerusi SPR juga telah menafikan dia ahli UMNO.

Fitnah si Saifuddin Nasution ni!

Rupa-rupanya yang Saifuddin Nasution lupa ialah si Menteri Besar Selangor dia, si Khalid Ibrahim juga ahli UMNO! Ini data keahlian Khalid Ibrahim

IC: 4612xx-10-52xx
No Ahli UMNO: 01791393
Cawangan: Pasir Tuntong
Bahagian: Kuala Selangor.

So apa lagi Saifuddin Nasution, PKR, PAS, DAP, Bersih dan puluhan ribu yang turun Bersih.

Mari kita ramai-ramai tuntut Khalid Ibrahim letak jawatan!!!

Mari, mari.

Or are you all hypocrites?


Monday 30 April 2012

Saya Setuju Jika Semua Polis Dibunuh - Facebook Khalid Ismath



"Saya Setuju Jika Semua Polis Dibunuh"

Begitulah kata-kata Khalid Mohd Ismath, monyet yang menerima pendidikan di UITM, institusi yang diwujudkan eksklusif untuk bangsa Melayu bagi menjamin cukup tempat untuk anak Melayu mendapatkan pengajian peringkat Ijazah.

"Saya Setuju Jika Semua Polis Dibunuh"

Begitulah kata-kata Khalid Mohd Ismath, yang ibunya semalam Faridah Abdul, 50, mahu membaling selipar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwanya mahu melawatnya di hospital.

Faridah Abdul turut mengatakan berkenaan Shahrizat Jalil yang melawatnya,

"Semasa Datuk Seri Shahrizat Jalil datang semalam, saya juga beritahu padanya yang saya akan saman dan beliau beri respon akan siasat.

Saya jawab balik, siasat apa kalau Hakim pun kamu punya, saya nak panggil dia ‘Lembu’ tak sampai hati, tapi saya layan dia sebagai tetamu,” kata Faridah lagi.

"Saya Setuju Jika Semua Polis Dibunuh"

Begitulah kata-kata Khalid Mohd Ismath, yang sudah berkali-kali sebelum ini, melakukan pelbagai onar dan demo menyusahkan negara, sudah berkali-kali diberi amaran, tetapi masih degil dan nampaknya kini sudah sampai berani mengeluarkan kenyataan mahu membunuh polis!!

Soalan saya kepada Datuk Hishammuddin, sampai bila KDN dan Polis akan benarkan pembuat-pembuat onar begini bebas memporak-perandakan negara?

NOTA: POSTING FB INI SUDAH DIPADAM oleh Khalid Ismath

Posting dan screenshot ditiru dari http://antijumud.blogspot.com