Sunday 20 May 2012

Nurul izzah goyah di Lembah pantai, Raja Nong Chik pula yg diserang! Mujur ada dokumen bukti tiada kesalahan!

Sudahkah semua ahli keluarga Khalid Ibrahim termasuk adik-beradiknya berhenti berniaga? 


Keluarga Azmin Ali sudah berhenti berniaga? Bagaimana mampu pakai Ferrari, pakai 4wd?



Satu-satu personaliti BN terutama UMNO diserang. Tujuannya bukan saja memburukkan nama dan mencipta persepsi, tetapi memaksa UMNO bertahan.

Terkini, Raja Nong Chik, yang memberikan ancaman kepada harapan besar pakatan rakyat iaitu Nurul izzah di Lembah pantai, diserang oleh raja petra.


Tuduhan RPK:

Bahawa satu kontrak di bawah Kementerian Belia dan Sukan iaitu pembekalan barangan latihan IKBN Bandar Penawar telah diberikan kepada Istijuara Sdn Bhd pada Ogos 2012, satu syarikat dengan majoriti pegangan saham dimiliki oleh anak perempuan Raja Nong Chik. Persepsi dan pandangan yang cuba direka dari tuduhan ini ialah bahawa oleh kerana Raja Nong Chik dilantik sebagai Menteri Wilayah, maka ada sesuatu yang tidak kena atau dengan kata lain pemberian kontrak tidak beretika atau dipengaruhi oleh Raja Nong Chik walaupun pemberian kontrak diberi kementerian yang berlainan.

Kontrak sebenarnya diberi pada 18 Julai 2006.

Lihat dokumen di bawah yg disiarkan blog apakecoh2.




Boleh dilihat bahawa Kontrak sebenarnya diberi pada 18 Julai 2006 melalui satu Surat Niat. Tetapi ia hanya dimuktamadkan pada Ogos 2010.

Adakah apa-apa yang salah di sisi undang-undang di sini?

Jelasnya tidak. Ini adalah kontrak pembekalan biasa. Pembekal-pembekal dalam industri yang dihubungi penulis bersetuju bahawa nilai RM30.8 juta untuk kontrak seperti ini ialah normal malah agak rendah nilainya jika dibandingkan dengan kontrak sepertinya.

Adakah apa-apa yang salah di sisi etika di sini, atau penyalahgunaan kuasa Menteri oleh Raja Nong Chik?

Perkara pertama ialah Kontrak diberi pada 18 Julai 2006. Ini adalah 3 tahun sebelum Raja Nong Chik. Raja Nong Chik pada tahun 2006, tidak memegang mana-mana jawatan Kerajaan mahupun jawatan politik yang besar. Malah pada masa itu beliau bukan pun Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai, AJK Bahagian pun tidak (beliau hanya jadi ketua Bahagian pada tahun 2008).

Walaupun kontrak akhirnya ditandatangani pada Ogos 2010, ini kerana prosedur menetapkan bahawa surat tawaran (Letter of Award) untuk membekal, memasang dan menyelenggara peralatan hanya boleh dikeluarkan bila kompleks IKBN Bandar Penawar telah siap. Dan kompleks IKBN Bandar Penawar hanya siap pada 22 Mei 2010. Sebab itulah surat tawaran dikeluarkan pada Ogos 2010, iaitu 3 bulan selepas IKBN Bandar Penawar siap.

Ada yang mempertikaikan mengapa Istijuara terus menerima Kontrak itu pada Ogos 2010 walaupun bapa pemegang saham utama nya sudah jadi Menteri?

Jawapannya kita boleh fikir sendiri ikut logik akal.

Jika Surat Niat dikeluarkan pada 2006, bermakna usaha ke arah itu harus bermula lebih awal. Maka tatkala Raja Nong Chik dilantik Menteri pada April 2009, sudah lebihkurang 5 tahun syarikat Istijuara ini berusaha dan bekerja memenuhi kehendak kontrak.

Pendapat bahawa perlantikan seseorang sebagai menteri Kabinet bermakna keluarga dan sanak-saudara nya juga harus meninggalkan segala perniagaan mereka, adalah pendapat dan pandangan yang tidak wajar!

Bayangkan jika hari ini seseorang ahli perniagaan yang berjaya dan berkualiti seperti Hassan Merican contohnya, menerima panggilan dari PM untuk menyumbang baktinya dalam Kabinet (seperti Raja Nong Chik, Idris Jala, Effendi Norwawi dan ramai lagi sejak dulu) harus mengerahkan keluarga dan sanak saudaranya meninggalkan perniagaan, maka segala usaha seumur hidup mereka mengusahakan perniagaan yang boleh diwariskan kepada anak cucu mereka lebur begitu sahaja!

Kalau macam itu mereka yang berpengalaman dan berbakat, tetapi tidak seratus-peratus duduk dalam politik, tidak boleh dilantik untuk menyumbang barang sepenggal-dua kepada negara!

Sedangkan di USA misalnya, kebanyakan keluarga Presiden dan ahli-ahli Kabinet mereka (contohnya Mitt Romney calon Republikan yang akan menentang Obama kelak) adalah ahli perniagaan yang berjaya! Dan tidak pula ahli keluarga mereka perlu tinggalkan perniagaan yang sudah berpuluh tahun atau bergenereasi dibina!

Dan pengkritik juga harus bertanya, perniagaan yang bagaimana yang tidak boleh? Bagaimana dengan perniagaan dalam industri perkhidmatan? Servis guaman misalnya, ialah satu perniagaan industri perkhidmatan yang setiap satu kes boleh mencapai jutaan ringgit. Tapi bukankah Parlimen negara penuh dengan peguam-peguam yang bukan sahaja tidak melupuskan kepentingan mereka dalam firma guaman masing-masing, malah masih lagi terus berniaga dan memberi khidmat guaman berbayar walaupun ada yang sudah berpuluh tahun menjadi ahli parlimen?! Bagaimana?

Kalaupun kontrak diberi pada tahun 2006 dan tiada isu salahguna kuasa Menteri, Bagaimanakah syarikat yg dimiliki Raja Farhana, seorang yang hanya berusia 26 tahun (tanpa pengalaman) boleh diberi projek Kerajaan bernilai 30.8 juta?    

Ketika Surat Niat (Letter of Intent) untuk mendapatkan khidmat Syarikat Istijuara sebagai pembekal diberi pada 18/7/2006, pegangan saham Syarikat ialah orang lain, bukan Raja Farhana. Kesimpulannya, semasa Kerajaan memilih Istijuara, Raja Farhana TIDAK LANGSUNG memegang saham dalam Syarikat Istijuara dan tidak ada sangkut-paut dengan Istijuara.

Kalau macam tu, Bagaimana Raja Farhana ini, yang hanya berusia 26 tahun mempunyai begitu banyak dana untuk membeli saham dalam syarikat?

Keluarga besar Raja Nong Chik sudah 3 generasi terlibat dalam perniagaan. Tidak hairanlah jika ketika itu, iaitu 3 tahun sebelum Raja Nong Chik menjadi Menteri, jika anak beliau diletakkan di situ sebagai menjaga kepentingan keluarga. Tidak ada yang aneh, tidak wajar, salah etika mahupun kesalahan undang-undang dalam hal ini.

-------------------------

Setelah gagal mendapati sesuatu yang salah di sisi undang-undang mahupun dari isu etika Menteri dalam isu ini, ada yang membuat kenyataan berbunyi "ah, kontrak juta-juta mesti dapat kat orang UMNO, walaupun memang benar pada tahun 2006 Raja Nong Chik bukan Menteri!"

Jika benar Raja Nong Chik menyalahguna kuasa, lebih mudah beliau mendapatkan kontrak DBKL, kerana DBKL sendiri mengeluarkan kontrak sehingga beratus juta untuk projek bina jalan atau bangunan. Ratus juta untuk satu kontrak! Ini baru DBKL! Tetapi mana ada yang diambil Raja Nong Chik! Mana ada!

Kedua, Raja Nong Chik datang dari keluarga yang telah berjaya dalam bidang yang dipilih mereka termasuk bidang perniagaan. Raja Nong Chik sendiri berjaya bukan melalui kontrak Kerajaan tetapi bila membina syarikat elektronik (syarikat Acson yang buat air-cond) semasa dengan OYL Industries dan Razatec, yang kemudian dijual semua sahamnya pada Syarikat Jepun. Kemudian beliau juga memainkan peranan besar dengan Pharmaniaga Berhad. Selepas itulah baru beliau melibatkan diri dengan kontrak kejuruteraan.

Satu lagi bukti yang beliau ialah seorang pemain industri yang berwibawa ialah fakta bahawa pada tahun 2006 (malah hingga dilantik Menteri) beliau ialah Presiden kepada Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia dan juga Presiden Persatuan Kontraktor Jentera Malaysia.

Jika ahli perniagaan yang begini berwibawa pun dipertikaikan keupayaannya untuk menguruskan kontrak 30 juta, maka siapa lagi bumiputera yang layak!

Hanya layak jika mereka ahli PKR??

Itu baru dikira layak dan adil?

Sebenarnya apa yang terjadi dalam isu ini ialah percubaan memburukkan nama Raja Nong Chik.

Pakatan Rakyat tahu bahawa Raja Nong Chik besar kemungkinan akan menjadi calon BN Lembah Pantai menentang Nurul Izzah. Dan di Lembah Pantai, Raja Nong Chik betul-betul kuat, kerana orang suka kepada beliau sebab rajin, bersih dan kurang main politik. Banyak kerja, kurang cakap.

Maka sudah tentu antara agenda utama Pakatan ialah menyelamatkan Puteri mereka Nurul izzah. Nurul izzah pula ditanggapi oleh ramai pengundi Lembah Pantai sebagai Kuat cakap, kurang kerja. Semua tahu dia hanya banyak main persepsi menggunakan twitter.

Dan kini dia sudah goyang dengan Raja Nong Chik. Itu lah sebenarnya isu di sini. Kontrak, dokumen, anak-anak, hanyalah ilusi semata-mata. Yang ada hanyalah permainan kotor politik jalanan pembangkang!



1 comment:

  1. Hai semua

    Nama saya FRADESY RIRITIA, saya dari indonesia, saya ingin menggunakan medium ini untuk memberitahu anda semua kebenaran, setiap orang yang melihat jawatan mereka di blog dan laman web ini adalah pencuri (SCAMMERS), saya telah menjadi mangsa cerita mereka dan mereka telah merosakkan hidup saya.
    Saya tidak berada di sini untuk memberitahu anda tentang bagaimana saya ditipu dan bagaimana saya kehilangan banyak wang untuk mereka.

    Saya di sini untuk memberitahu anda yang benar dan hanya LOAN SYARIKAT yang ALLAH dihantar untuk mengubah hidup saya, mereka adalah SEMUA PINJAMAN GLOBAL GLOBAL, mereka adalah satu-satunya syarikat pinjaman tulen yang diiktiraf dan dibiayai oleh WORLD BANK.

    Mereka adalah satu-satunya syarikat pinjaman tulen, mereka mempunyai terma dan syarat pinjaman yang besar, untuk memungut semua pinjaman mereka adalah berpatutan dan cepat untuk membebankan tidak seperti syarikat-syarikat palsu lain yang anda lihat di sini dalam talian yang akan mengambil wang anda tanpa mengeluarkan pinjaman anda,
    Tolong jangan tertipu oleh penguji yang mempunyai nombor indonesia dan whatsapp, mereka semua penipu, bagaimanakah sebuah perusahaan perseorangan memberi pinjaman ?, yang sepatutnya menjadi pertanyaan pertama kalian orang-orang saya.

    Saudara-saudara saya dari Asia, saya minta kamu mendengarkan saya kerana saya bersumpah kepada kamu atas nama Allah, bahawa saya memberitahu anda semua kebenaran, SEMUA LOAN GANJARAN GLOBAL, syarikat adalah satu-satunya syarikat yang boleh dipercayai dan mereka akan memastikan anda menerima pinjaman anda sebaik sahaja anda melengkapkan proses pinjaman seperti yang diperlukan.
    Kenapa anda tidak berada di kalangan usahawan ini dengan menghubungi mereka segera jika anda SANGAT MENINGKAT untuk meninggalkan perjuangan kewangan anda dan untuk meningkatkan tahap hidup anda, di sini adalah EMAIL allglobalgrantloan@gmail.com.

    Anda sangat bebas untuk menghubungi saya di fradesyriritia12@gmail.com EMAIL saya untuk maklumat lanjut, saya akan senang mendengar anda berkongsi kisah kebahagiaan anda sendiri.
    Terima kasih semua, dan semoga ALLAH memberkati semua PINJAMAN SEMUA GLOBAL kerana memberi saya kegembiraan baru ini.

    ReplyDelete